Makwe Koi~
Orang selalu tanye aku camne loghat Pahang
jawapan standard…pahang nie banyak loghat, kepekatan loghat bergantung pada kelebaran sungai Pahang..heheh
“Semakin hulu, semakin pekat la loghat nyer”
Aku duduk Pekan…dh dekat muara..so loghat die campur2 dan agak mild…hahaha
tapi kalo orang Pekan sejati, die ckp lebih kurang cam org Kuala Kangsar cakap…sebabnya dulu2 ramai orang kuala Kangsar yang berhijrah ke Pekan (sumber daripada org2 lame Pekan), Pekan kan bandar diraja…kalo xsilap kesultanan Pahang de pertalian dengan kesultanan Perak..(sile rujuk buku sejarah yer~)
okok
bukan nk cite sejarah hari nie
cume nk kongsi satu lagu yg aku jumpe kat You tube
lagu dalam loghat Pahang
tajuk nyer
Makwe Koi…koi tu maksudnyer aku
name Makwe dalam lagu nie NINE(bukan 9 tau, bace dlm ejaan melayu)
Lagu nie aku tujukan khas buat AINAA MARDHIAH SUHAIMI….mother to be…tahniah!!!
Bile dengar lagu nie teringat mase kecik2 dulu..
rindunyer mase itu
pegi sekolah same-same ngan basikal
balik sekolah, pegi ngaji ngan arwah aki
pastu petang sikit pegi main kat padang depan umah
selagi tak kena turut ngan arwah tok xbalik
sampai de orang tu kena “senggut” ngan lembu…sebab suka pakai baju wane merah
kami tak mandi sungai tapi kami g memancing kat tepi sungai
kadang2 main layang2 jugak
main pondok2 tu biase la….gaduh pon selalu
cepat jer mase berlalu
lepas tue semua pon berpisah
sorang kat Morocco, sorang lagi kat UK
sorang dah kawen, sorang masih single
rindunyer mase tue…
bertuah rasenyer dapat merasa membesar dalam suasana kampung yang indah permai
Mostly lirik lagu nie…kami pernah lalui bersama..
Makwe koi nemenyer AINAA~
nie lirik nyer…(dh dialih bahasa supaya mudah difahami)
Alkisah mulanya cerita ni, seingat aku masa tu aku darjah 5. Aku ade berkenan ngan sorg girl ni, anak tok lebai. Nama manje die Nine (bukan 9 dalam english, just eja cara melayu je).
Sesi persekolahan abis tepat bila jam menunjukkan pukul 1. Tanpa berlengah terus aku balik ke rumah. lepas bermandi-manda membersihkan diri aku kene pergi mengaji kt surau. On the way ke surau aku lalu depan rumah buah hati aku tu.
Aku paling suke time petang. Kadang2 main konda kondi, kadang2 main tayang (tayang tu ape ea?layang2 kot). Tp selalu aku lagi suke main pondok2 ngan Nine. Die jadi mak, aku lak jadi bapak. Hehe.
Mak ngan ayah da panggil balik, baru la sedar nak balik. Tu la, leka sangat main. Kitorg selalu gak mandi sungai ramai2. Best giler terjun ramai2. Nine join gak tp die mandi bercedok je la.
Memang banyak kenangan manis. Kalo nak citer sal kampung ni konpem xabes. Tapi yang pasti, xkire berkubang dalam paya ke, time kenduri kendara ke, mane je aku pergi mesti ade Nine.
Tu la makwe aku.
Sampailah satu masa ni, nak atau x, kitorg terpaksa berpisah. Aku kene sambung belajar kt bandar, nak tuntut ilmu dan kejar cita2. Yela, kalo ade rezeki, lulus ngan cemerlang bolehla aku masuk universiti. Cerahlah sikit masa depan. Dapatlah aku gembirakan hati Nine.
Nine kat kampung belajar macam2 benda termasukla memasak, menjahit dan mereka. Bolehla la wat bekal masa depan. Itupun kalo ade jodoh kitorg. Mintak2 la sempat aku pinang Nine.
Setakat ni la cerita dari aku. Seingat aku la kisah ni time aku darjah 5. Aku berkenan dengan anak dara, anak tok lebai yang bernama NINE.
Anak Bentong~
Ya ALLAH, menjelang kini malam ciptaan Mu, beredarlah sudah siangMU, inilah keluhan suara dan pinta dari para du’ahMU, oleh itu ampunkanlah dosa kami…amin~
Speech by akhi Mas Afzal (29 January 2010)
Hari ini menyaksikan seorang yang aku kagumi perwatakan, tingkah laku dan budi bahasa nya
tiap kata2 yang keluar daripada mulutnya bagai mutiara yang berharga
Beliau telah mengambil keputusan untuk pulang kepangkuan keluarga di Malaysia
setelah mengharungi cabaran dan dugaan yang maha hebat
Pada December 2008, beliau telah disahkan mengidap Kanser dan menjalani rawatan chemotherapy di UK
Dalam masa yang sama, beliau berjaya mengenggam segulung ijazah dalam bidang perubatan
Beliau ialah Dr. Mas Afzal Masaruddin
InsyaALLAH, ini adalah keputusan yang terbaik
Semoga ALLAH sentiasa melindungi beliau
dan memberikan ketabahan yang luar biasa kepada beliau dan keluarga untuk menempuhi dugaan yang Maha Hebat ini
“InsyaALLAH, kalau ada umur kite jumpe lagi di Malaysia,jika tidak diSYURGA” kata2 dr Dr. Mas Afzal
……………………….
kisah beliau mengingatkan aku kepada Arwah tok yang sentisa dihati….bagaimana tok tabah mengharungi chemotherapy yang maha sakit itu pada usia 60-an…..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Al-Baqarah:284)
……kepulangannya ke Malaysia bukan untuk ditangisi tapi untuk dicontohi~
Wallahu’alam~
Exam~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Alhamdulillah
Terima kasih atas doa semua
Masih berbaki 3 papers lagi
Semalam dah lepas satu paper
“tumbuhan bernafas” bak kate Aiman
hehehe
rindula kat adik Along sorang nie~
lepas nie “proceed to Community ecology”
kalo Aiman tanye aku exam subjek aper…
mungkin aku akan jawab “haiwan berkumpul”
hahahaha
Name pon student Animal and Plant
so examnyer mesti la pasal tumbuhan dan haiwan kan??
ok…kawan2 dan sahabat semua
selamat berusaha~
tak mau malas2…
jom makan~
“jom makan”
kedengaran suara housemate memanggil untuk dinner bersama
selalunye waktu dinner la mase kami duduk same2
borak2
kongsi cite2 yg berlaku untuk hari tu
kami course lain2, tahun pun lain2
so cite pon lain2
hehehehe
mase yg ditunggu adalah waktu dinner
selain mmg dh lapar
mase tu jugak la dpt jumpe semua housemate…
terharu diorg masakkan yang best3 walupun tgh busy dgn exam n coursework
kalau tahun lepas lagi la…..de 2org final year yg xpenah miss dinner bersame2~
sape lagikan kalau x Kak ELLY and KAK EMY…rindu la~
tanda penghargaan, walupun sekenyang or sesibuk mane pon aku, akan cube spend mase untuk bersama housemate mase dinner
sebab tu jer la mase yg ade nak jumpe semua~
hopefully, tradisi nie dpt diteruskan….
[de gambar sebenarnyer tp xtransfer lg....huhuhu]
….sambung study…alhamdulillah, dh siap report FYP akan hantar esok!!!……sekarang bleh study dgn tenang~
tentang bulan~
Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua
…~
Salam
Aku dalam proses untuk menyiapkan report FYP…sila doakan, supaya bisa hantar secepat mungkin~
tetiba terlintas dalam kepala tentang satu perkara nie
ada kaitan dengan filem ketika cinta bertasbih II
yang baru jer hbs tgk pagi td..hehehe
best3 =D
sekalung tahniah kepada pengarah dan pelakon yg menjaga batas2 pergaulan dalam filem nie..
xpegang tangan, xpeluk2,xcium2 pon still box office!!
Apa yang terlintas dalam fikiran aku ialah:
petikan dari kata2 Ana dalam filem tu:
“pernikahan yang bisa menyakiti pasangan itu HARAM hukumnya”
“kalau antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin itu bercouple,berdating a.k.a keluar berdua-duaan itu HARAM x??”
huhuhu~
tepuk dada tanye selera…eh,silap…tanye IMAN
sambung buat keje~
Musab Bin Umair
Mus’ab bin ‘Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.
Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya. Ringkas kata kemewahan dan kekayaan merupakan cara hidup beliau sejak daripada kecil.
Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.
Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.
Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.
“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”
Inilah jawapan seorang mukmin sejati yang mempunyai tahap keyakinan yang begitu tinggi kepada Allah SWT. Inilah
hasil didikan baginda Rasulullah SAW pada generasi awal yang terdahulu.
Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.
Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.
Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya
sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya
dan menyeru:
Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qami’ah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang
memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qami’ah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qami’ah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.
Abu al-Rum, Amir ibn Rabi’ah dan Suwaibit ibn Sa’d telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang
sangat masyhur:
Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka.
Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu
digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan
daun-daun kayu.
kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran
dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang
tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses
tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Mus’ab
telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah
yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih
sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan
kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat
dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam,
meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil
kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam
perjuangan yang tidak pernah padam.
Final year~
Assalamualaikum wbt semua
Lame xtak menconteng sepatah dua kat kat blog nie
Banyak perkara yang berlaku sepanjang ketidak update an aku
Antara nya
COURSEWORK!!!! alhamdulillah dah selamat menghantarnya dengan jayanya pada 18 DEC 2009
MAAL HIJRAH!!!! tahun baru, azam baru, semangat baru,perubahan baru…semua la baru…semoga aku terus istiqamah dalam pejuangan yang dipilih…
SNOW!!!! alhamdulillah,subhanallah….dapat merasa seperti berada di US kot…puteh jer apabila keluar rumah…tak kan ku lupa pengalaman dan setiap kenangan bersama SNOW..hahaha
IRELAND!!!!pelbagai cabaran dan dugaan untuk kesana…alhamdulillah, dipermudahkan oleh ALLAH akhirnya…dapat makan nasi beriani ALLAHUAKBAR!!! best3
PUISI!!!! aku generasi muslim KAIZEN..insyaALLAH….PLAN-DO-CHECK-ACT….talk yg best, LDK yg MAntop, makan SODAP dan banyak, accom yg selesa…terima kasih AJK PUISI…berbaloi3
NEW YEAR!!!!! tahun yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran…semoga dipermudahkan segalanya…i will finish my degree soon….insyaALLAH….doakan yer…akan balik malaysia….akan ke IPDA untuk KPLI….im teacher to be…amin
EXAM!!!!!!!!!!!!!!!! insyaALLAH, 1st paper start 25hb…submit FYP report on 21hb jan….serious xleh nk study sngt,selagi report xsiap….
itulah serba sedikit apa yang berlaku kat aku kira2 sebulan yang lepas
kawan-kawan mari berusaha!!!!
DO YOUR BEST, ALLAH WILL DO THE REST
insyaALLAH…
February 5, 2010



